Pages

Tuesday, April 24, 2012

Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2012



Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 untuk pelajar lepasan SPM 2011. Semakan permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk sesi 2012/2013 dijangka boleh mula disemak bermula 25 April 2012.

Matrikulasi 2012

Untuk membuat semakan keputusan permohonan kemasukan Program Matrikulasi KPM, pelajar boleh menyemak secara online di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian pelajaran Malaysia atau menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang telah disediakan.

Semakan Kemasukan Matrikulasi Secara Online


Untuk menyemak secara online, sila lawati laman sesawang Bahagian Matrikulasi KPM. Anda akan diminta untuk mengisi beberapa butiran sebelum membuat semakan permohonan anda seperti No. I/C dan Nombor Pin.

Semakan Kemasukan Matrikulasi Melalui SMS

Taip MOE  MAT  No.KP dan hantar kepada 15888





Rayuan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012


  1. Proses rayuan hanya boleh dibuat bermula 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  2. Rayuan perlu dibuat secara online di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
  3. Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi akan diumumkan pada 7 Jun 2012.







No comments:

Post a Comment

FOREX 4U